Thursday, October 15, 2009

Suasana Baru di Haslam Restaurant

Kepada semua pembaca! untuk pengetahuan semua, Haslam Restaurant telah berubah ke wajah baru. Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke Restaurant kami dahulu pasti dapat merasakan perbezaan yang begitu ketara.

Suasana dan dekorasi yang jauh beza dari suasana dahulu. Kepada sesiapa yang masih belum pernah pergi akan dapat merasakan suasana kampung di tengah bandar. Dekorasi daripada kayu mengiasi setiap sudut restaurant. Suasana di restaurant Haslam kini memang sesuai dengan citarasa makanan kampung.

Selain itu pada waktu malam, kami juga turut menghidangkan masakan western. Kami mengalukan kepada semua untuk mengunjungi Haslam Restaurant, dan dapatlah memberi pandangan atau kritikan yang membina kepada kami.

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Datang!



Terima kasih kerana sudi untuk membuka blog Haslam Restaurant. Dalam sesi perkenalan ini saya ingin memperkenalkan Haslam Restaurant kepada semua pembaca.
Haslam Restaurant di mililiki oleh Datuk Yusuf Haslam yang merupakan seorang pengarah tersohor di Malaysia. Beliau pernah digelar Six Million Dollar Man ekoran kejayaan filem Sembilu II arahannya yang pecah panggung dengan kutipan RM6 juta.
Restaurant ini di jalankan atau di uruskan oleh adik Datuk Yusuf Haslam yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan dengan Datuk Yusuf iaitu Tuan Haji Mohd Nor @ Taj Haslam.

Restoran Haslam ini mensajikan masakan melayu tulin warisan Opah,dan di buka setiap hari.

Restoran Haslam ini juga menyediakan hidangan buffet & menerima tempahan sekiranya berminat.
Restoran Haslam ini terletak di Jalan Pahang Barat bersebelahan dengan Hospital Tawakal Kuala Lumpur @ berdepan Hospital Tawakal yang baru.

No. 8 & 10, Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, K.L. Sekiranya berminat untuk menempah atau sebarang pertanyaan boleh hubungi talian:
No: 03-4023 7559 / 03- 4025 2545 atau
Fax: 03- 4024 2451


Restoran Haslam ada menyediakan Dewan Cempaka di tingkat 1 Restoran itu untuk kesesuaian tema buffet dan tempahan.